Followers

Thursday, October 28, 2010

Tazkirah Pagi Jumaat

PEDOMAN DAN DOA UNTUK SAHABAT-SAHABAT DAN ORANG TERSAYANG


Ayat Al Baqarah 216 menyebut

"...Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. "

Doaku...... ayat 286, surah al Baqarah:

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain.

Amin.

Tuesday, October 26, 2010

TIP BERPAKAIAN

‘Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan Sebaik-baik Perhiasan Adalah Wanita Solehah’
Cara Berpakaian Bagi Wanita Muslim CaRa BeRPaKAiAN WaNiTa MuSLiMaH
Penuhi Syarat-syarat Menutup Aurat Bagi Seorang Wanita
1. Menutup aurat menurut yang telah ditetapkan
Seluruh badan wajib ditutup kecuali muka dan tapak tangan.
2.Pakaian yang longgar
Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuhnya masih belum memenuhi tuntutan syarak.
3.Pakaian yang tidak jarang
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit.
4.Bukan pakaian yang menarik perhatian
Tidak memakai pakaian yang menarik perhatian orang, contohnya pakaian yang berlainan daripada orang lain sama ada dari segi warna, fesyen dan sebagainya.
5.Tidak menyerupai pakaian orang lelaki atau pakaian orang kafir
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang bermaksud : “Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
6.Tidak bertabarruj
Tabarruj diertikan sebagai bersolek secara berlebih-lebihan. Selain itu ia membawa erti memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud : “Dan hendaklah kamu tetap di rumah mu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliyyah dahulu.”
Sekian semoga menjadi panduan para isteri dan anak-anak perempuan.
Sumber : Facebook
From the album:  Islamic by Hilmi Halim

Wednesday, October 20, 2010

Selamat Datang ke kedai online saya

Assalamualaikum....

Selamat datang semua, terima kasih sudi menjenguk ke outlet saya. Kedai online ini dibuka bertujuan berkongsi Fesyen, gaya dan membentuk imej wanita muslimah agar kelihatan lebih anggun, manis, santun dan yang penting menutup aurat seperti  yang disarankan agama kita. Diharapkan kedai ini juga dapat membantu menyelesaikan masalah anda yang ingin mencari fesyen terkini dengan harga yang berpatutan. 

Selamat bershopping.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...