Followers

Friday, February 11, 2011

CNY, Banjir dan majlis perkahwinan

Assalamualaikum semua...

Satu Malaya tahu, 30 Januari Negeri Johor dilanda banjir yang agak teruk juga berbanding 2006. Dalam sibuk-sibuk masyarakat Cina nak sambut CNY, terpaksa pulak memunggah barang-barang sebab air naik dengan lajunyer. termasuk umah mak dan abah yang agak teruk juga la, tapi Alhamdulillah sempat menyelamatkan kesemua barang-barang. Kami tinggal di kawasan Seri medan Batu pahat ni memang dah biasa dilanda banjir, so semua peralatan utk memunggah barang dah tersedia. walaupun banjir kali ni banjir agak teruk dan lebih dalam, alhamdulilah juga air cepat surut. so tak la lama sangat air termenung macam 2006, hingga 2 bulan. seminggu jer dah ok, back to normal. cuma sekarang kena berjaga-jaga sebab takut hujan mai lagi so barang tak turunkan dulu.

 Nak kena cepat alihkan kereta sebab air semakin naik....





Dalam sibuk-sibuk tolong mak ngan abah, tempahan-tempahan pakej cenderahati kami tetap uruskan sebelum majlis masing-masing berlangsung. Banyak juga majlis terpaksa ditangguh, ada juga yang teruskan tapi terpaksa tukar lokasi, dan ada juga pelanggan kami yang terpaksa bersanding di pusat pemindahan. Kesian tapi bersabarlah ya, Allah sedang menguji hambanya dan mungkin akan diberikan lebih banyak rezeki lagi lepas ni.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...